RULES AND REGULATIONS
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudah semestinya akan membaca post ini terlebih dahulu sebelum mengakses kepada Thread atau post yang ada.Disini ,papa nak bagi sedikit pencerahan terhadap kandungan blog ini dan tujuan asal blog ini diterbitkan.
1. EDUCATIONAL PURPOSE ONLY
Blog ini diterbitkan dengan alasan untuk berkongsi dan membuat perbincangan tentang cyber security iaitu termasuklah tips-tips untuk melindungi diri kita daripada Penggodam yang tidak bertanggungjawab. Dan semua tips atau trick yang akan diterbitkan adalah semata-mata dengan tujuan "EDUCATIONAL PURPOSE ONLY" . Seperti yang sudah kita sedia maklum, Meretas atau mendedahkan data-data invidu mahupun agensi tanpa kebenaran adalah salah sama sekali.
2. KEBEBASAN HAK UNTUK BERSUARA
Disini juga papa membenarkan mana-mana individu untuk kemukakan soalan , atau meminta sedikit pertolongan jika musibah yang tidak di ingini didalam dunia siber ini menimpa di kalangan kita dan membuka pintu seluas-luas nya kepada yang ingin berkongsi pengalaman ataupun trick,tips mahupun tuturial teknologi yang terbaru.
3. BUDI BAHASA BUDAYA KITA
Perkara yang paling penting papa ingin ingatkan kepada semua , jagalah tingkah laku serta tutur bicara sepanjang kita berada disini . Kerana kita semua masih sama-sama belajar dan pembelajaran itu tidak akan pernah habis. Akhir kata, have fun , dan sama-sama lah kita memberi kesedaran terhadap bahaya nya dunia teknologi zaman sekarang. Apa-apa pun kita kena ingat supaya "RESPECT OTHERS PRIVACY " dan papa juga taknak perkara macam ni boleh menjatuhkan bisnes papa xD.
Comments
Post a Comment